My LovEly FolloWeRs

Tabung Pengajian Sue..sila derma klik anda disini..thanks,..

Saturday, November 6, 2010

kisah si kecik ITA



Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..



sedihkan..meleleh sue baca article nie....sob sob sob...=(

Thursday, November 4, 2010

TymE FoR sTuDy




assalamualaikum pembuka bicara...(sedikit skema)..hee

xlama ag sue dah nk exam final..wah takotnye...coz i'm not ready enough to face iT!!..study pon sikit2..baru je first khatam.. banyak lagi yang belum dikhatamkan...paper sue sem 7 nie pon sama je dengan sem2 yang lepas...berderet2 macam train...maunye pengsan sue nak kena study sume..adohai...biol kepala hotak...dah lah subject law..biasalah kena memorize sume..takawal jelah..

ok jadual exam sue as below..

1) CRIMINAL PROCEDURE CODE-------------------14/11/2010
2) LABOUR LAW --------------------------------------15/11/2010
3) LAW OF EVIDENCE --------------------------------21/11/2010
4) PROFESSIONAL PRACTICE------------------------22/11/2010
5) JURISPRUDENCE 1 ---------------------------------23/11/2010
6) CIVIL PROCEDURE 1-------------------------------29/11/2010

wah dahsyat kan...well wish me luck dear....

 skema dgn spek nerd

p/s:gud luck for those who get a final exam....gambate~~

Sunday, October 31, 2010

KELANTAN MENANG PIALA MALAYSIA 2010

Wah hepi sangat malam nie..sampai  tak study..hehe..malam tadi sue g tengok bola dengan kawan-kawan kat cafe!!
 GOMO KELATE GOMO

pada separuh masa pertama kelantan ketinggalan 1-0..nie pun gara-gara penalty yang team negeri sembilan dapat..kalo xde penalty xde lah gol team negeri 9..ade sue dengar budak laki cakap..NO PENALTY NO GOL FOR N9>)..hee..memang betol pon..kn? ghee

tadi pas separuh masa kedua kelantan berjaya menjaringkan 2 gol..hebat..sue menjerit n booo kat budak yang sokong kelantan..gegak gempita jap kat cafe..dak laki ade yang melompat sampai naik atas meja sume..ish2..semangat diorang kn..

tadi time tengah-tengah main separuh masa pertama..dak laki cam nak gaduh pon ade..dop gaduh mulut..sesama mengata..ciss..panas je dengar..
xpe finally..kami lah juara oke..kali nie PIALA MALAYSIA PULANG KE KELANTAN..first time kelantan jadi juara piala malaysia..dan harap akan berkekalan yea...

MR.A gi tengak bola lat stadium bukit jalil..tiket dia beli RM45 mahal kn..dia cakap beli dengan ulat..tu pon beli last minutes je..xpelah berbaloi coz KITA JUARA!!!


                                tengok...lautan merah membanjiri bukit jalil..



Monday, October 25, 2010

BUDAK LAW~batch 8..UUM

semalam kitarog ade photoshoot sekali ag.biasalah photoshoot untuk majalah dak law..sume kena pakai black & white..uniform for law student..lum ni  shoot kat bilik seminar A .tapi kali nie kat padang lah plak..outdoor gituee..hee..KAMI dak law batch 8 sem 7 UUM.tp xsume yang datang..coz pagi sangat photoshoot nie.ade yang still ag tengah bermimpi di katil kat bilik..huhu...kul 9 sume dah kena ade kat padang..tapi biasalah janji melayu kul 9.30 baru start posing..

ok bawah nie ade beberapa gambar yang sempat disnap...layan..enjoooooyy












P/S:pix yang atas curi dari Fb junior yang amik pix kami..hehe.

Sunday, October 24, 2010

KELANTAN MARA KE FINAL!!

wah seronok sangat!!!klate berjaya mara ke final PIALA MALAYSIA 2  tahun berturut-turut..tahun lepas  dan tahun nie..misi menebus kekalahan pada tahun lepas..tadi klate vs kedah..perlawanan yang mendebarkan...tapi akhirnya..klate berjaya menjaringkan gol dan mengalahkan kedah 1-0..xpelah menang tipis pun yang penting menang gak kn..yes!!u do IT..super duper great..

tadi sue tengok bola life kat astro arena kat cafe college bank rakyat....fuh..ramai gyler kot penyokong kelantan...lebih-lebih lagi budak-budak lelaki..sume fanatik bola..macam dop dalam stadium pun ade gak...mau tak nye..diorang siap bawa sepanduk "GOMO KLATE GOMO" dan bendera kelantan..macam-macam lah...peminat kedah ade gak tapi sikit je..huhu..even sue dop kat UUM...orang klate sesangat lah ramai..sue siap pakai baju kaler merah tau..red warriors hee..

sambil tengok bola sue order roti canai dan teh o ais..emm besh..game tadi memang mendebarkan..sue dan kenkawan nerves sangat tadi.mau tak nye..dah separuh masa kedua belum ade gol yang berjaya dijaringkan oleh team klate..banyak percubaan dilakukan tapi tiada penyudahaan yang baik..team klate buntu gol..tp finally dapat gak satu gol dari corner.. GOL!!!!sume berteriak kegembiraan..budak laki siap panjat meja & kerusi..bendara klate dikibarkan oleh mereka..fuh dasyat lah..fanatik betul..tadi  sue pon terus berdiri gak time gol..secara automatic kot..xsedar sue sampai berdiri hee...peluk-peluk kawan sebelah sume..

penyokong kedah senyap membisu kejap...hee..then abis bola....hehe

seronooookkk sangat...for final klate jumpa negeri sembilan 30 october 2010..mybe kat bukit jalil kot..wah cam nk g..tapi tengok lah camne yea...ok dada...njoy..







p/s:mudah-mudahan kelantan menjadi JUARA MALAYSIA CUP 2010..amin..

Saturday, October 23, 2010

BAD MOOD!!!



 kan comel kalo kita senyum kn..xde ag bad mood..nyah ko bad mood dari hidup aku!!


nape rasa tetiba je bad mood ni?????xsuke lah perasaaan nie!!!..eh..bad mood..leh ko gi main jauh-jauh dari hidup aku x?????get lost from my life..u made my life miserable and chaos..i hate u so much!!!

tetiba je malam nie rasa nk marah-marah kat MR.A tanpa sebab..tension jap..sume sue cakap wat dia sakit hati je..nape jadi cmni nie???

thanx GOD..mr.A xcepat melatah..dia sempat text sue cakap "istigfar byk2.selawat 2x..jgn nafsu marah kuasai minda" terus sejuk sue bila baca text nie..lega sikit..ntah nape tetiba je nk marah..sue delete sume pix dia dalam fb sue..emm..sory..t ade masa sue akan upload again our photo..

sory dear for what i had said to u..never intended to hurt ur feeling..i'm only couldn't control my temper and my mood...sorry for let u be my victim for my bad attitude...lebiu more...

HePy BeLaTeD BeZdAY

 hari ini sue kuar celebrate belated bezday..sudah lama rancang nak celebrate bezday..tapi asyik postpone je..yelah banyak sangat halangan...ade exam lah..macam-macam lah..then,.arini baru lah impian kami terlaksana cehwahh..hee..kami kuar 4 orang..sue, dayah, nita & mimie..arini kami celebrate bezday sue,nita & mimie..bezday dayah dah celebrate dah sem lepas..juz celebrate bezday kami yg jatuh pada cuti sem ari tu..kami celebrate kat pizza hut area jitra..ok xmo cite panjang lebar..bialah gambar yang menceritakan kegembiraan kami nie..daa enjoyyy
























p/s:cup cake kami cantik kan hee..
.post {background: url(http://i454.photobucket.com/albums/qq269/carolynnreynolds/CherryBlossom-Divider.png);background-repeat: no-repeat;background-position: bottom left;margin:.5em 0 2em;border-bottom:0px dotted $bordercolor;padding-bottom:6em;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...