Wednesday, September 30, 2009
~~tesT JPJ~~
pagi tadi aku ade test JpJ.. aku rasa takut n cuak sgt nk kn test.. part yg paling aku takut adalah mendaki bukit... setibanyee giliran aku bila jpj pggl nama aku..rasa ketar lutut n nk luruh jangtung.. aku byk2 berdoa ngn ALLAH agar lulus if not abis duit raya yg aku dpt kn byr kat JPJ tuk repeat blk..
tiba saatnye.. aku naik keta ngn bawa tp xmasuk line kunig..so JPJ suh aku undur balik.. aku undur ngn naik wat kali kedua.. finally lepas..alhamdulilah syukr sgt.. part parking aku mmg terror hihi..
pas abis bhgian 1.. ade lak test bhgn 2 iaitu lebuhraya.. aku confident je jln raya coz dah biasa bw keta kat umah...
lastly.. JPJ right sume borang aku n aku telah berjaya mndptkn lesen P.. selamat duit raya aku. dlm 13 org yg test td hya 7 org je yg pass.. fuh.. skun aku dah blh bw kete tnpa takut lg bila jmpa polis @ JPJ.. dulu bila kuar msti kn alert kot2 ade polis wat roadblock.. skun no more fearless hihi.. +)
Monday, September 28, 2009
~~sYaWaL Yg InDAh~~
Tuesday, September 15, 2009
menghitung detIk PulaNG ke KG HalamAN
kita sudah berpuasa 25 hari..
ade lg 4hari kita berada dlm bulan ramadhan..
then syawal akan menjelang tiba menandakan hari raya menjelang tiba....
di sini aku sedang menghitung ari utuk pulang ke rumah menemui keluarga terchenta yg sudah 1 bulan tidak kutemui...
segala persiapan raya belum lg aku buat..
thn aku hanya ade sepasang baju raya..baju kurung merah je.. sedihkn..hihi
tp tidak mengapa coz ade satu lg baju dinner yg lpas n hnya sekali je pakai..
ape salahnye kalo dibuat bj raya..jimat ckt
keluarga ku tersayang,..
tggu kepulangan anak mu ini ...............
Sunday, September 13, 2009
Exam oh exam
Kenapalah mesti ad exm?? Sue dah penat tau dop stdy je..
Dah lah subject law ni memerlukan daya ingatn yg kuat..
14hb092009 ade test LANd LAW..
Kn hafal alots of time..
Penat lah smpai xcukup tdo!!!
Kan besh if study je xyah wat exam…hihi
Mesti sume stdnt akan hepi yg amat n enjoy their stdy
Anyway that things will not happen..
The things tat I shud do is stdy!!stdy!! and stDY
Friday, September 11, 2009
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 9, 2009
CikGu & StuDenT
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
birthDay boys??gurlz??
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!
indahnye jika kita Dichentai..
ADAKAH DIA YG MCINTAI KITA? SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI??...
-
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
-
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
-
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
-
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
-
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
-
Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
-
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
-
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
-
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
-
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
-
Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
-
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
-
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
-
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
-
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh
-
dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
-
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
-
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
-
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
-
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
-
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
-
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
-
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
-
Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
PErKARA Yg DilARaNg DlM pErChEntAaN
Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing. 1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu. Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri. 2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.” 3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya. Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya.
8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’ Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya, bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan? 9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya. “The tongue is more to be feared than the sword”. Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!” 10. JANGAN menjatuhkan air mukanya. Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.
KeNaLI ChEnTA aNda =)
NAMUN, kesesuaian dengan pasangan anda adalah PENTING right? So, salah satu basic untuk mencari kesesuaian itu, anda bolehlah berpandukan kepada, nature seseorang...mungkin dia cukup sesuai atau tidak dengan anda. How to know that??...Melalui bintang!
Dengan mengetahui kesesuaian bintang anda dengan pasangan anda terlebih dahulu sebelum meneruskan perhubungan, sudah pastinya dapat membantu. Namun, sekiranya anda sudah dimiliki...bintang anda dengan pasangan anda tidak ada penyesuaian di sini, tiada jalan lain melainkan,
Aquarius
January 21 - February 20
Paling sesuai : Gemini
Boleh menjadi baik : Libra, Pisces, Aries, Sagittarius, Capricorn
Paling tidak sesuai : Taurus, Leo, Scorpio
Pisces
February 21 - March 20
Paling sesuai : Cancer, Scorpio, Pisces
Boleh menjadi baik : Aries, Taurus, Capricorn, Aquarius
Paling tidak sesuai : Gemini, Virgo, Sagittarius
Aries
March 21 - April 20
Paling sesuai : Leo
Boleh menjadi baik : Sagittarius
Paling tidak sesuai : Cancer, Libra, Capricorn, Aries
Taurus
April 21 - May 20
Paling sesuai : Capricorn
Boleh menjadi baik : Taurus
Paling tidak sesuai : Aquarius, Leo, Scorpio
Gemini
May 21 - June 20
Paling sesuai : Libra atau Aquarius
Boleh menjadi baik : Cancer
Paling tidak sesuai : Virgo, Sagittarius, Pisces
Cancer
June 21 - July 20
Paling sesuai : Scorpio atau Pisces
Boleh menjadi baik : Leo atau Virgo
Paling tidak sesuai : Libra, Capricorn, Aries, Cancer
Leo
July 21 - August 20
Paling sesuai : Aries
Boleh menjadi baik : Sagitarius, Capricorn atau Virgo
Paling tidak sesuai : Scorpio, Aquarius, Taurus
Virgo
August 21 - September 20
Paling sesuai : Virgo atau Capricorn
Boleh menjadi baik : Libra, Scorpio, Cancer, Leo
Paling tidak sesuai : Sagittarius, Pisces, Gemini
Libra
September 21 - October 20
Paling sesuai : Gemini
Boleh menjadi baik : Libra, Scorpio, Sagittarius, Leo, Virgo
Paling tidak sesuai : Capricorn, Aries, Cancer
Scorpio
October 21 - November 20
Paling sesuai : Pisces atau Cancer
Boleh menjadi baik : Capricorn, Virgo, Libra
Paling tidak sesuai : Aquarius, Taurus, Leo, Scorpio
Sagittarius
November 21 - December 20
Paling sesuai : Aries atau Leo
Boleh menjadi baik : Capricorn, Aquarius, Libra, Scorpio
Paling tidak sesuai : Pisces, Gemini, Virgo
Capricorn
December 21 - January 20
Paling sesuai : Taurus
Boleh menjadi baik : Aquarius, Virgo, Pisces, Scorpio, Sagittarius
Paling tidak sesuai : Aries, Cancer, Libra
So, happy hunting!
cinta yanG aGunG +)
Satu nafas terhembus adalah kata